Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetu-buhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam
JAKARTA: Kerana terlampau mengasihi lelaki yang membesarkannya, pasangan pengantin dari Samarinda melangsungkan akad nikah di depan jenazah si bapa.
Pasangan mempelai, Romadhony Putra Pratama dan isterinya mahu perkahwinan itu disaksikan arwah walaupun hanya sekujur mayat.
Mangsa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Samarinda, Siswadi meninggal dunia selepas rebah ketika bersukan dipercayai diserang angin ahmar.
Lima jam selepas bapanya disahkan meninggal dunia, anak sulung arwah Romadhony memutuskan melangsungkan akad nikah di depan jenazah itu sebelum dikebumikan.
“Saya diberitahu bapa sudah meninggal dunia ketika di hospital dan memutuskan supaya akad nikah kami dilangsungkan di depan jenazah papa,” katanya.
Keputusan itu diambil sebagai penghormatan pada bapanya yang pastinya mahu menyaksikan detik indah mereka disatukan sebagai suami isteri.
“Walaupun hanya jasad. Tapi saya yakin roh Papa masih ada di sekitar saya dan menyaksikan saya meminang isteri sekarang ini,” katanya.
Katanya, bapanya sudah menyampaikan mengenai rancangan pernikahan mereka tahun ini kepada rakan mereka.
“Papa sudah beritahu (mengenai pernikahan mereka) jika ke mana-mana. Walaupun tiada persiapan dibuat, tetapi memang ada perbincangan dibuat keluarga mengenai pernikahan kami,” katanya
Berikut reaksi dari netizan
“Cuba bygkan kita mati.. Dh xnk tgk alam dunia.. Nk cpt tuju ke syurga Allah.. Jika diizinkan aaminn… Kl pun dpt hidup kembali dunia xnk tgk org kawin bagai.. Nk sujud, taat solat, sedekah segalnya… #jomlaberbuatkebaikan selagi masih bernyawa…
” Di Indonesia_Satu kelompok Islam yg betul2 taat, ikut sunnah dan alQuran.Satu kelompok lagi Islam tapi masih percaya dan mengamal perkara2 tahyul.Jgn pelik.. jika ia bercanggah makna mereka dari kumpulan kedua di atas.
“kalau terlampau mengasihi ayahnya,sepatutnya mempercepatkan urusan pengebumian,bukan pi bernikah dulu depan jenazah bagai..makin kita lewatkan urusan pengebumian,makin tersiksa roh..haiya..
Posting Komentar
Posting Komentar