Walaupun Autisme Kanak-Kanak ini Hafal 30 Juzuk Al-Quran Seawal Umur 8Tahun.

Posting Komentar
Muhammad Ammar Qayyim seorang kanak-kanak autisme memiliki kelebihan luar biasa yang membuatkan ramai kagum tular dimedia sosial sebentar tadi.
Ketika umur 11 tahun, adik ini yang mesra dipanggil Ammar Qayyim masih memakai lampin pakai buang untuk membuang air besar dan menyusu botol pada waktu tidur malam. Malah, perwatakan dan tutur katanya juga tidakseperti rakan-rakan sebaya yang lain.
Namun begitu, siapa menyangka anak Autisme ini memiliki kelebihan yang cukup istimewa yang tidak semua memilikinya. Menerusi Harian Metro, seawal umur 8 tahun adik ini mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Memiliki kelebihan istimewa
Anak Autisme miliki kelebihan hafal QuranFoto dari Harian Metro
Kata bapanya, Nazeri Arshad kelebihan anaknya itu menghafaz mula dikesan setelah pakar sebuah pusat rehabilitasi mengesan kecenderungan dan mengesyorkan belajar di Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia.
“Seminggu dia belajar di ADH, ramai ustaz kagum dengannya kerana boleh menghafaz al-Quran pada usia baru mencecah tujuh tahun ketika itu…”
Anak Autisme miliki kelebihan hafal QuranFoto dari Harian Metro
Bagaimanapun, faktor kejayaan adik ini yang mampu menghafaz 30 juzuk juga kerana didorong oleh kesabaran dan komitmen tinggi keluarganya.
Kata Pengasas Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia Sheikh Lokman Shazly Azlanii Zaharin, ibu bapa adik ini mempunyai kesabaran tinggi menghantar anaknya itu menuntut ilmu.

Sumber: Harian Metro

Related Posts

There is no other posts in this category.

Posting Komentar

Subscribe Our Newsletter